Menurut kitab Al-Mu'jam al-Wasit, KHURAFAT ialah cerita-cerita yang mempersonakan yang dicampuradukkan dengan perkara dusta. Pendapat lain menyebut bahawa khurafat ialah satu hal yang tidak masuk akal atau perkara-perkara yang sukar untuk dipercayai kebenarannya. Dapat disimpulkan bahawa khurafat ialah suatu perkara yang mempersonakan berbentuk rekaan atau dongeng, karut dan menyimpang ajaran Islam.
TAHYUL ialah semua cerita samada khayalan atau rekaan, ajaran-ajaran, pantang larang, adat istiadat ramalan-ramalan, pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang daripada ajaran Islam.
Kepercayaan karut ditakrifkan sebagai keseluruhan tatacara hidup serta hasil kegiatan dan penciptaan yang berupa kebendaan atau kerohanian dalam sesuatu masyarakat, tamadun dan peradaban yang direka serta bercanggah dengan ajaran Islam.
CIRI-CIRI KHURAFAT DAN TAHYUL DALAM BAHAN PENERBITAN
> cerita-cerita yang tidak dinasarkan pada nas-nas syarak smada al-Quran atau hadis
>cerita-cerita yang berunsur mitos dan lagenda, rekaan, dongeng, khayalan atau kepercayaan karut
>cerita-cerita yang bersumberkan kepercayaan lama dan adat bercanggah dengan Islam
>cerita-cerita yang berbentuk pemujaan dan pemohonan kepada makhluk halus bagi tujuan memudaratkan orang lain dan menyeleweng daripada akidah Islam
>penggunaan objek-objek tertentu seperti kubur, pokok dan sebagainya bagi tujuan tertentu
>cerita-cerita yang mempunyai unsur-unsur negatif dari segi akidah dan syariat Islam
ISU-ISU SEMASA
Menyembah kubur
Puja kubur adalah sebahagian daripada amalan sesetengah orang Melayu yang masih tebal dengan adat istiadat dan tradisi Melayu kuno dengan agama Hindu puja Dewa. Mereka percaya bahawa penghuni kubur itu boleh menghasilkan hajat mereka apabila di minta terutamanya apabila mereka berada di dalam kesusahan.
Kebiasaanya beberapa jenis makanan atau " jamu " seperti ayam panggang, bertih, pulut kuning, pisang emas dan lain-lain lagi di bawa dan diletakkan di atas kubur itu sebagai jamuan untuk penghuni kubur tersebut, sebelum meminta sesuatu hajat.

Percaya kepada tangkal
Hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan hadis ini sahih,
Hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan hadis ini sahih,
Maksudnya: “Barangsiapa yang menggantung tamimah (tangkal), maka sungguh dia telah syirik.” (Musnad Ahmad bin Hanbal, 4/156)
(dipetik dari:http://ilmuanmalaysia.com/khutbah-jumaat-amalan-syirik-dalam-masyarakat-malaysia/)
Tangkal merupakan sesuatu benda yang sering dipakai oleh mereka yang ingin menghindarkan diri dari dari sebarang kemudaratan dan penyakit.Contohnya,Kadang-kadang kita lihat masyarakat kita bila mana anaknya menangis tidak berhenti, dia pergi ke hujung kampung kepada orang yang boleh menghentikan tangisan anaknya. Diletakkannya benang supaya boleh menghilangkan tangisnya. Kadang-kadang memang betul tidak menangis budak itu. Maka percayalah dia kepada tangkal itu.Selain itu,ada sesetengah individu percaya bahawa tangkal juga dapat memberi kekuatan luar biasa sehingga membuatka dirinya merasa kuat seperti badan menjadi kebal dan boleh mengangkat batu yang besar.

SENARAI FILEM, DRAMA ATAU SEBARANG AUDIO VISUAL YANG MENGANDUNGI UNSUR UNSUR KERAMAT, KHURAFAT, TAHYUL, KEBUDAYAAN KARUT ATAU GHAIBIYAT.
Berdasarkan penerangan yang serba ringkas ini,dapatlah disimpulkan bahawa tindakan media mempopularisasikan alam mistik telah melanggar batasan yang telah ditetapkan oleh syarak secara khususnya dan menyalahi undang-undang penyiaran secara amnya.Perkara ini jelas memberi kesan negatif kepada masyarakat.Masyarakat muslim yang sepatutnya dididik dengan mengagungkan keesaan Allah akan bercabang pemusatan akidah tanpa sedar.Oleh yang demikian,pihak berkuasa seharusnya memandang serius kesalahan ini dan mengambil tindakan secara drastik.
Kita sebagai orang muslim, janganlah sesekali mensyirikkan Allah. Kita juga jangalah melakukan perbuatan khurafat kerana akan menyebabkan kemurkaan Allah. Kita juga perlu mencegah perbuatan syirik dan khurafat jika berlaku di hadapan kita. Jika kita tidak mampu mencegah, kita mampu membenci dengan, sesungguhnya ia selemah-lemah iman.
Kami akan akhiri blog ini dengan video yang bertajuk BERSIHKAN DIRI DARI SYIRIK DAN KHURAFAT yang disampaikan oleh DR. ABDULLAH YASIN
No comments:
Post a Comment