Wednesday, 15 March 2017

3.1.3 BATAS-BATAS PERGAULAN







Pergaulan merujuk proses sosiolisasi antara sesama manusia. Oleh itu, islam menetapkan peraturan-peraturan pergaulan antara sesama manusia dan antara lelaki dan perempuan. Seseorang itu tidak boleh dipisahkan dengan kehidupan bermasyarakat. Menurut Mohd. So’od (2010), terdapat tiga peringkat dalam memulakan pergaulan seperti yang berikut iaitu peringkat berkenalan, peringkat memahami dan peringkat tolong-menolong.


Pada peringkat pertama ialah peringkat berkenalan. Berkenalan atau taaruf ialah peringkat yang membantu kita untuk saling kenal-mengenali dalam memulakan sesuatu hubungan. Melalui cara ini, kita dapat mengetahui sifat, bangsa, agama, kegemaran dan kedudukan yang ada pada diri seseorang.


Peringkat kedua pula adalah peringkat memahami iaitu dikenali sebagai tafahum dalam batas pergaulan. Pada peringkat ini, kita dapat memahami dengan lebih mendalam tentang mereka yang berhubungan dengan kita. Dengan memahami latar belakang, akhlak dan sifat seseorang, maka mudahlah untuk menentukan orang yang akan menjadi teman. Jika kita bergaul dengan orang-orang yang baik akhlaknya, maka kita akan mendapat tempias atas kebaikan mereka. Begitulah sebaliknya, jika kita bergaul dengan mereka yang buruk akhlaknya, maka keburukan mereka akan mempengaruhi diri kita.


Seterusnya peringkat ketiga, peringkat tolong-menolong  iaitu peringkat akhir dalam batas pergaulan. Peringkat tolong-menolong atau dipanggil sebagai taawun ialah peringkat pergaulan yang terjalin daripada hubungan yang akrab. Namun, setiap tindakan yang dilakukan dalam pergaulan antara sesame manusia mestilah bertepatan dengan peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.

Batas dan adab pergaulan dalam islam termasuk dalam batas-batas pergaulan. Sebelum membincangkan adab dan batas pergaulan menurut islam, perkara penting yang kita tidak boleh tinggalkan ialah persoalan tentang aurat bagi lelaki dan wanita. Aurat diambil daripada perkataan bahada Arab, iaitu ‘aurah’ yang bermaksud keaiban. Dari sudut fiqah, aurat merujuk bahagian tubuh yang wajib dilindungi daripada pandangan. Perintah Allah supaya menutup aurat terdapat dalam surah al-A’raf ayat ke-26 yang menjadi dalil wajib menutup aurat.

Aurat bagi setiap jantina iaitu aurat lelaki dan wanita adalah mempunyai perbezaan. Jumhur fuqaha daripada al-Syafi’iyyah, al-Malikiyah dan al-Hanabilah berpendapat bahawa aurat bagi lelaki adalah antara pusat hingga ke lutut. Namun demikian, lelaki ialah wajib menutup anggota yang terdekat dengan pusat dan lutut supaya ‘aurat’ yang wajib itu dapat dijaga dengan sempurna. Aurat bagi wanita pula, ulama Muslimin berpendapat bahawa aurat bagi wanita ialah keseluruhan badan, selain muka dan kedua-dua tapak tangannya (Maududi, 1995).


Pakaian bagi lelaki dan wanita juga mempunyai perbezaan. Pakaian bagi lelaki hendaklah longgar dan sehungga tidak menampakkan apa-apa yang hendak dilindungi. Selain itu, pakaian lelaki tidak boleh menyerupai pakaian wanita dan tidak menyerupai pakaian orang-orang kafir. Tujuan berpakaian bukanlah untuk tujuan kebanggaan mencari kemasyuran, tetapi menurut syariat islam.


Pakaian bagi wanita pula mestilah pakaian yang menutup semua anggota badan kecuali bahagian muka dan tapak tangan seperti yang dibenarkan dalam islam. Pakaian wanita mestilah longgsr supaya tidak menampakkan susuk tubuhnya. Pakaian wanita perlu tebal, tidak menampakkan warna kulit dan tidaklah bersifat menarik perhatian dan syahwat kaum lelaki. Pakaian wanita juga tidak boleh menyerupai pakaian lelaki dan tidak menyerupai pakaian orang-orang kafir. Tujuan berpakaian adalah untuk menutup aurat seperti yang disyariatkan dalam islam.

Adab-adab dan batas pergaulan dalam islam yang diperintahkan oleh Allah SWT bertujuan mengekang atau menghalang perbuatan serong hamba-hamba-Nya dalam pergaulan antara lelaki dan wanita. Pada setiap masa dan keadaan, kita perlu memastikan adab dan pergaulan kita bertepatan dengan ajaran islam tidak kira di mana-mana jua tempat seperti kita berada di tempat kerja, di dalam kenderaan awam, ketika bersiar-siar, membeli belah, menyertai program-program sosial dan sebagainya. Ileh yang demikian, islam telah menggariskan beberapa adab dan batas pergaulan yang perlu dijaga oleh setiap umat-Nya. Terdapat beberapa adab yang perlu diikuti ketika bergaul.


Pertama, manusia perlulah memelihara pandangan antara lelaki dan wanita supaya tidak menimbul fitnah. Lelaki dan wanita perlu menjaga pandangan kepada perkara-perkara yang tidak baik berlaku seperti tidak menutup aurat, melakukan perkara yang tidak disyariatkan islam.


Kedua ialah, menutup aurat secara sempurna. Menutup aurat secara sempurna bermaksud menutup aurat seperti yang dinyatakan dalam syariat islam. Menutup aurat adalah perkara wajib bagi lelaki dan perempuan. Bagi lelaki perlulah memakai pakaian yang longgar dan tidak menampakkan apa-apa yang hendak dilindungi. Bagi wanita pula perlu menutup semua anggota badan kecuali bahagian muka dan tapak tangan seperti yang dibenarkan oleh islam. Pakaian wanita juga mestilah longgar supaya tidak menampakkan susuk tubuh.


Ketiga adalah, tidak berdua-duaan antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Lelaki dan wanita dilarang oleh Allah SWT berdua-duaan di tempat gelap kerana akan menimbulkan fitnah dan  supaya perkara-perkara yang tidak diingini berlaku. Selain itu, lelaki dan wanita diharamkan berdua-duaan dengan lelaki bukan mahram.


Keempat,  menjaga perkataan dan mengawal perbualan. Menjaga setiap perkataan yang keluar dari mulut supaya tidak ada sesiapapun yang terasa atau tersakiti hanya kerana pertuturan kita yang kasar. Pertuturan yang baik adalah menggambarkan tentang pesonaliti seseorang.


Kelima pula ialah mengawal perhiasan. Mengawal perhiasan bermaksud tidak memakai perhiasan terlalu banyak sehingga menarik perhatian lelaki yang bukan mahram. Memakai buarlah sekadar sahaja supaya menjauhkan perkara yang tidak diingini berlaku.


Yang terakhir iaitu keenam adalah menghindari tempat yang tidak baik. Dalam menjaga batas dan adab dalam pergaulan ini adalah salah satu perkara penting kerana tempat adalah memainkan peranan penting. Kita perlulah bijak dalam memilih tempat yang baik.


Setiap perbuatan buruk yang bertentangan dengan perintah Allah SWT mempunyai kesan buruk yang timbul daripada pergaulan dalam kehidupan kita. Terdapat beberapa kesan yang timbul daripada pergaulan bebas.


Antaranya ialah merosakkan jiwa dan akhlak. Jiwa yang rosak akan membentuk akhlak yang buruk. Seseorang yang berkelakuan buruk ketika bergaul akan menyebabkan hati menjadi hitam dengan dosa-dosa  yang ditanggungnya.


Selain itu, kesan yang timbul dalam pergaulan bebas adalah menyuburkan perzinaan. Pergaulan bebas tanpa ikatan dan batasan akan menjadi punca kepada perbuatan zina dalam kalangan manusia. Oleh yang demikian, kita diperintahkan supaya menundukkan pandangan supaya nafsu dapat dikawal.


Di samping itu, merosakkan maruah diri, masyarakat dan Negara juga tergolong dalam kesan yang timbul dalam pergaulan bebas. Setiap perbuatan yang bercanggah dengan hukum Allah SWT akan membawa kepada keburukan.


Seterusnya ialah membawa kepada kemurkaan Allah SWT. Sesiapa yang menjaga dan melaksanakan perintah Allah SWT termasuk dalam golongan hamba yang mulia disisi-Nya. Orang-orang yang melanggar perintah dan larangan Allah SWT pula akan mendapat kemurkaan-Nya.








ISU SEMASA


Bahaya pergaulan bebas
Oleh DR. AMINUDIN MANSOR



FENOMENA pergaulan bebas pada masa kini sering kali menimbulkan kesan-kesan yang tidak baik dalam kalangan umat Islam. Pergaulan bebas adalah budaya hidup masyarakat Barat yang menyebarkan dan menyebabkan pelbagai gejala penyakit sosial.
Kesan-kesan budaya ini telah pun meresap dalam kalangan masyarakat di negara ini.
Paparan akhbar setiap hari membuktikannya, antaranya berlakunya pembuangan bayi, perzinaan dan juga hidup tanpa kawalan daripada ibu bapa.
Pergaulan bebas juga mengundang pelbagai penyakit sosial antaranya HIV dan Aids dan anak luar nikah dalam masyarakat. Tamadun dan kehidupan masyarakat akan runtuh, jika pergaulan bebas dibiarkan tanpa kawalan dan sekatan.
Menjaga batas-batas pergaulan sebagaimana yang disyariatkan dalam Islam merupakan tanggungjawab setiap individu Muslim.
Kewajipan memelihara maruah dan kehormatan diri seharusnya dilakukan oleh setiap Muslim. Dalam hal ini, setiap perlakuan dan perbuatan dijaga dalam batas-batas pergaulan.
Pergaulan bebas menimbulkan pelbagai masalah sosial dalam kalangan umat Islam di negara ini. Pelbagai masalah wujud antaranya remaja lari dari rumah, seks bebas, masalah pembuangan bayi, masalah penagihan dadah yang akhirnya mengakibatkan keruntuhan moral.
Kesannya, remaja tidak mempunyai masa depan yang terjamin apabila meninggalkan rumah dan keluarga.
Allah berfirman yang bermaksud: Katakanlah kepada laki-laki yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sungguh, Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan. (an-Nur: 30).
Perintah Allah dalam ayat ini kepada lelaki beriman supaya tidak memandang perkara yang diharamkan. Selain itu, menjaga kemaluan bagi mengelakkan perbuatan zina.
Perbuatan tersebut adalah lebih baik dan setiap perbuatan tersebut sentiasa dalam pemerhatian Allah.
Sementara peringatan kepada kaum perempuan Allah berfirman yang bermaksud: Dan katakanlah kepada orang perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kemaluan mereka.
Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka.
Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka, melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara lelaki mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti tentang aurat perempuan.
Dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi daripada perhiasan mereka. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. (an-Nur: 31).
Jelas, peringatan kepada perempuan beriman supaya tidak memandang perkara yang diharamkan. Menjaga kemaluan. Tidak menampakkan perhiasan diri kecuali yang zahir sahaja. Memakai tudung sehingga menutupi belahan baju di bahagian (dada).
Secara umumnya, dijelaskan supaya sentiasa menutup aurat, memelihara maruah dan menjaga kehormatan diri serta mengelakkan diri daripada melihat perkara-perkara yang haram.
Ini termasuk menyekat pandangan daripada memandang perkara yang haram dan menunduk pandangan daripada melihat perkara yang haram.
Umat Islam juga diingatkan menjaga mata, supaya tidak melihat perbuatan yang diharamkan seperti melihat orang berjudi dan minum arak.
Tidak melihat aurat orang lain walaupun sesama jantina kecuali yang dibenarkan oleh syarak.
Tidak melihat aurat bukan mahram tanpa sebab yang diharuskan. Tidak melihat perkara yang boleh menimbulkan keghairahan nafsu walaupun ia hanya barang perhiasan.
Justeru, umat Islam digalakkan menjaga maruah dan kehormatan diri dengan sentiasa patuh kepada perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya.
Tidak mencari kepuasan naluri melalui seks haram. Sentiasa mengawasi pandangan mata daripada melihat perkara-perkara yang haram.



KESIMPULAN

Kesimpulanya semua pihak harus bekerjasama untuk memainkan peranan mereka sebaik-baiknya kerana jika aktiviti pergaulan bebas ini tidak dibendung kita akan mendapat masalah lagi besar.


Selain itu, seperti yang kita lihat pergaulan bebas ini memberikan impak yang negatif berbanding positif dalam kehidupan individu, masyarakat dan negara. Individu tersebut akan terjerumus ke arah penzinaan, masyarakat pula terpaksa menahan malu melihat kedangkalan individu ini dalam menyelesaikan masalah mereka seperti membuang bayi dan negara pula terpaksa menanggung kos yang tinggi untuk peruntukan untuk membina tempat perlindungan bagi remaja perempuan yang mengandung anak luar nikah dan bayi yang dibuang. Semua ini tanpa kita sedari, hanya satu aktiviti, ia melibatkan seluruh pihak di sesebuah negara.

Antara lain, dalam mencegah pergaulan bebas daripada berleluasa, ibu bapa haruslah memainkan peranan mereka dengan menunjukan contah tauladan yang baik kepada anak mereka sedari anaknya masih bayi. Seperti kata pepatah mencegah lebih baik daripada merawat. Para remaja juga haruslah mengambil inisiatif dengan lebih mempelajari agama Islam dan mengukuhkan iman mereka agar tidak terpesong dari landasannya.

Kesimpulannya, pergaulan bebas tidak akan terjadi jikalau semua pihak membanting tulang mencegah aktiviti ini daripada berleluasa dan tiada sifat pentingkan diri dalam diri mereka. Kita haruslah mencegah perkara ini daripada ia terus merosakan akhlak remaja kita dan janganlah kita tunggu sehingga Allah S. W. T yang menurunkan bencananya. Wallahualam.Adat bersendi syarak,syarak bersendi kitabullah..

No comments:

Post a Comment