Persaudaraan boleh terjadi melalui tiga cara, iaitu kelahiran, susuan dan akidah.
Persaudaraan menerusi kelahiran merujuk orang yang berkongsi ayah dan ibu, iaitu saudara kandung.
Persaudaraan juga terjadi menerusi perkahwinan yang seterusnya (ibu bapa) yang disebut sebagai keluarga tiri.
Menurut Mahmud Muhamad Babeli (2002), saudara juga boleh terjadi menerusi penyusuan yang dikenali sebagai saudara susuan.
Persaudaraan menerusi akidah pula ialah persaudaraan atas perkongsian akidah. hubungan sebegini disebut sebagai "saudaseagama" atau "saudara di sisi Tuhan". contohnya,
Dari kacamata al-Hadith Rasulullah s.a.w pula, persaudaraan diertikan lebih kurang sama sepertimana yang dijelaskan oleh Allah s.w.t di dalam al-Quran. Di mana Rasulullah s.a.w menghuraikan konsep persaudaraan itu sebenarnya merupakan tubuh badan, darah daging dan roh umat Islam sendiri pada keseluruhannya. Sehingga baginda mentamthil ibaratkan perasaan persaudaraaan sesama umat Islam sebagai satu tubuh badan apabila satu anggota tubuh badan itu mengalami kecederaan atau terkena sakit, penderitannnya dirasa dan ditanggung bersama oleh seluruh anggota badan. Sehingga seluruh anggota turut sama berjaga malam untuk sama-sama merasai kesakitan yang dialami oleh salah satu daripada anggota yang sakit itu tadi.
Dari kacamata ulamak Islam pula, terdapat dua kumpulan pendapat yang terbesar:Golongan yang mengatakan bahawa konsep persaudaraan ialah dalam bentuk umum. Iaitu persaudaraan tanpa mengira aqidah, bangsa, keturunan, warna, kulit dan sebagainya. Malah asal dinamakan manusia maka perasaan persaudaraan itu wajib dijalin. Golongan kedua menekankan tentang ketunggalan asal usul manusia yang berasal daripada daripada Adam a.s itu bersaudara dan menjadi tanggungjawab mereka untuk mengeratkan persaudaraan dan kemakmuran manusia sejagat.
BERBAIK SANGKA TERHADAP ORANG LAIN DAPAT MENCETUSKAN PERSAUDARAAN
HIKMAH PERSAUDARAAN
Apabila memperkatakan tentang hikmat, kelebihan atua faedah daripada persaudaraan, ia boleh dihuraikan melalui al-Quran dan al-Hadith.
Al-Quran
Al-Quran secara khusus telah menyenaraikan beberapa hikmat persaudaraan yang di antaranya ialah :
Al-Quran menjelaskan bahawa pengukuhan perasaan persaudaraan di di kalangan umat Islam dan berbaik-baik dengan yang bukan Islam adalah semata-mata untuk mengwujudkan perpaduan sejagat. Apabila terburainya ikatan itu tadi, bumi Allah s.w.t ini akan dibasahi oleh darah manusia. Punca utama pertumpahan darah itu adalah disebabkan hilangnya ikatan perasaan persaudaraan sesame manusia. Jesteru kerana itu, persaudaraan dan perpaduan menurut Al-Quran adalah merupakan jembatan emas yang menuju ke arah pencapaian keamanan, dan kesejahteraan yang dimimpikan oleh setiap manusia dan penghalangan perpecahan. Selain daripada itu, walaupun perpaduan diwajibkan oleh Allah s.w.t, mereka yang bersatu-padu berasas kepada iman dan taqwa iaitu berasaskan persaudaraan Islam adalah merupakan golongan yang paling dimuliakan oleh Allah s.w.t.
Melalui persaudaraanlah seseorang itu memperolehi kekuatan dan kekuasaan, hal ini amat benar sekali. Di mana sesuatu golongan yang bersatu-padu itu adalah merupakan golongan yang kuat dan gagah yang disegani rakan dan lawan. Inilah di antara faedah atau kelebihan persaudaraan. Tamadun yang dicapai oleh sesuatu bangsa itu adalah disebabkan ketinggian prestasi perpaduan, persefahaman dan persaudaraan di kalangan setiap ahli bangsa itu sendiri dari golongan pemerintah hinggalah golongan rakyat jelata.
Al-Hadith
Rasulullah s.a.w menyarankan bahawa persaudaraan yang digalakkan oleh Rasulullah s.a.w mempunyai kesan dari segi psikologi atau kerohanian yang cukup besar. Ini disebabkan persaudaraan dan perpaduan itu tidak dapat dilaksanakan melainkan setelah wujudnya perasaan, semangat dan keinginan yang cukup tinggi. Jesteru kerana itu Rasulullah s.a.w beranggapan persaudaraan itu memerlukan kepada semangat dan cita-cita untuk bersatu-padu dan bekerjasama.
Hikmah persaudaraan yang berasaskan kepada Hadith Rasulullah s.a.w selanjutnya dijelaskan oleh baginda sebagai satu cara bagaimana seseorang itu mendapat perlindungan daripada Allah s.w.t di hari akhirat kelak. Di man di Padang Mahsyar kelak tiada siapa yang dapat memberi perlindungan daripada azab sengsara melainkan Allah s.w.t juga yang berkuasa lagi maha memberi pengampunan. Dijanjikan oleh Rasulullah s.a.w bahawa orang yang mengeratkan hubungan persaudaraan adalah di antara mereka yang akan diberikan oleh Allah s.w.t di Padang Mahsyar.
ASAS PERSAUDARAAN ISLAM.
1) AKHLAK MULIA.
Tidak dapat dinafikan lagi tentang betapa pentingnya akhlak dijadikan sebagai asas persaudaraan Islam. Akhlak boleh ditakrifkan di dalam ungkapan yang paling singkat sepertimana yang dikemukakan oleh Al-Ghazali sebagai segala laku perbuatan yang mulia yang berdasarkan kepada Al-Quran dan Al-Hadith.
AKHLAK UMUM :
Apabila memperkatakan akhlak yang umum, Al-Quran telah mempersembahkannya di dalam beberapa bentuk yang disenaraikan di bawah ini. :
Bercakap benar, adalah salah satu daripada sifat akhlak umum Islam yang disarankan oleh Al-Quran. Betapa pentingnya bercakap benar setiap masa dan tempat di dalam mengeratkan ikatan persaudaraan tiada siapa yang meraguinya. Kerana ia merupakan perkara yang dapat menimbulkan perasaan percaya mempercayai dan kasih sayang. Sedangkan dusta adalah merupakan pengkhianatan yang menghancur-luluhkan kasih dan menimbulkan kebencian.
Menjauhkan diri daripada melakukan segala yang mungkar dan keji adalah ciri akhlak umum Islam yang selanjutnya. Tidak dapat dinafikan terhapusnya amalan keji ini dapat mengeratkan ikatan persaudaraan. Kerana ia sentiasa menggalakkan berkembang perasaan kasih sayang, kebajikan, persefahaman dan menyuburkan perasaan saling hormat-menghormati.
Perlaksanaan ibadat samada ibadat khusus atau ibadat umum. Manusia yang menyedari hakikat matlamat penciptaan dirinya iaitu untuk patuh menyembah dan menyerah diri kepada Allah s.w.t pasti akan terus sujud dan mengikut perintah-Nya dan meninggalkan segal larangan-Nya.
AKHLAK KHUSUS :
➤ Menekankan pentingnya penunaian janji. Kenyataan ini amatlah penting dan tepat sekali, di mana penunaian janji dapat mencetuskan perasaan kasih sayang dan terhutang budi. Perasaan inilah yang memainkan peranan yang agak penting di dalam menyemai, menyubur dan menghasilkan ikatan persaudaraan yang unggul.
➤ Sifat tolong-menolong, bantu-membantu, bekerjasama dan sempurna menyempurnakan. Akhlak ini amatlah mustahak di dalam pengukuhan ikatan persaudaraan kerana tiada manusia yang dapat menyempurnakan keperluan hidup secara sendirian. Jester itu dengan wujud perasaan saling bantu-membantu dapat menyuburkan perasaan persaudaraan.
➤Akhlak khusus selanjutnya dijelaskan oleh Allah s.w.t sebagai merendah diri. Tawaduq dan hidup dalam keadaan sederhana (zuhud). Sebaliknya Allah s.w.t melarang daripada sifat bongkak, sombong, takbur, riak dan lain-lain. Sifat merendah diri tentu dapat menjadi tenaga yang kuat untuk mengeratkan perpaduan apabila orang yang merendahkan diri itu disukai dan tidak menimbulkan sesuatu yang boleh menyakitkan hati orang lain.
IKHLAS
Dari segi bahasa, perkataan ikhlas dalam bahasa Arab bererti kebersihan, kejernihan, kesucian dan kemurnian. Oleh itu laku perbuatan yang dilaksanakan dengan penuh keikhlasan niat di hati ialah laku perbuatan yang bersih, jernih, suci dan murni.
Ikhlas dari segi istilah ialah pembersihan dan penyucian niat dari sebarang kekotoran dan penyakit yang menodai keikhlasan untuk taqarrub atau menghampirkan diri kepada Alla s.w.t semata-mata, dalam segala laku perbuat yang telah sedang dan akan dilaksakan.
AMANAH
Amanah dalan ertikata memelihara sesuatu yang diberikan kepercayaan kepada yang berhak menerimanya. Di dalam hubungan persaudaraan, segala sesuatu yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t kepada umat Islam yang diwajibkan pengagihannya kepada suadaranya adalah amanah yang mesti dipelihara dan disempurnakan.
BELAS KASIHAN
Sifat ini dianggap cukup penting kerana tanpa sifat ini, masyarakat manusia menjadi masyrakat binatang yang suka melakukan kekejaman dan penindasan apabila ia berkuasa melakukannya. Allah s.w.t sememangnya mewajibkan agar umat Islam menghayati dan mengamalkan segala sifat-sifat kesempurnaan Allah s.w.t sepertimana yang terkandung dalam Asma ul-Husna. Digalakkan umat Islam menjiwai sebanyak dan sedalam yang mungkin. Kerana sifat belas kasihan sentiasa menuju ke arah peningkatan iman, taqwa dan amal soleh yang sekali gus berfungsi sebagai tali pengikat ikatan persaudaraan. Dijelaskan oleh Allah s.w.t sesiapa sahaja yang mempunyai sifat pengasih dan penyayang serta menaruh belas kasihan kepada makhluknya, diampuni oleh Allah s.w.t Mereka juga dipelihara oleh Allah s.w.t daripada azab api neraka.
HAK-HAK DI DALAM UKHUWAH
Setelah kita mengetahui betapa agung dan mahalnya nilai sebuah ukhuwwah, maka kita harus berusaha semaksimal mungkin agar anugerah dari Allah Subhanallahu wa Ta’ala tersebut tetap terjaga dan terpelihara pada diri kita.
Di antara usaha yang harus ditempuh agar ukhuwwah tersebut tetap terjaga pada diri kita, maka kita perlu memperhatikan hak-hak dalam ukhuwwah. Hak-hak tersebut adalah:
1. Hendaklah ia mencintai saudaranya semata-mata karena Allah Subhanallahu wa Ta’ala dan bukan karena tujuan-tujuan duniawi.
2. Lebih mendahulukan untuk membantu saudaranya dengan apa yang mampu dari jiwa dan harta daripada dirinya sendiri.
3. Menjaga kehormatan dan harga diri saudaranya.
Dan berikut ini adalah beberapa sebab yang akan menjaga tetap eratnya persaudaraan di kalangan sesama muslim, yaitu:
1. Tidak menyebutkan ‘aib saudaranya, baik ketika ia hadir di hadapannya maupun ketika tidak ada.
2. Tidak mencampuri urusan pribadinya.
3. Menjaga rahasianya.
4. Menjauhi prasangka buruk terhadap saudaranya.
Hukum asal seorang muslim adalah taat kepada Allah Subhanallahu wa Ta’ala, bersifat jujur, dan baik. Maka kita harus berbaik sangka kepada saudara kita, dan harus menjauhi prasangka buruk, karena dengan berprasangka buruk, kita bisa jatuh kedalam perbuatan dosa.
Allah Subhanallahu wa Ta’ala telah melarang perbuatan tersebut dalam firman-Nya (artinya):
“Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan prasangka (kecurigaan), karena sebagian dari prasangka itu dosa.” (Al-Hujurat: 12)
Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
“Hati-hatilah kalian dari prasangka, karena prasangka itu adalah sedusta-dusta ucapan.” (HR. Al-Bukhari & Muslim)
Umar bin Khattab radliyallahu ‘anhu berkata: “Janganlah kalian berprasangka buruk terhadap sebuah kalimat yang keluar dari saudaramu, sementara memungkinkan bagimu untuk membawa kalimat tersebut ke arah kebaikan.” (Riwayat Ahmad, Az-Zuhd)
Abdullah bin Al-Mubarak rahimahulloh berkata: “Bagi seorang mukmin, diberikan kepadanya berbagai kemungkinan alasan yang dapat dimaafkan.”
Maka jangan sampai kita membuka peluang bagi setan untuk masuk kemudian menghembuskan sesuatu yang buruk kepada diri kita, sampai akhirnya berhasil memecah-belah persaudaraan sesama muslim.
5. Menjauhi perdebatan dengan saudaranya.
Sesungguhnya perdebatan akan menghilangkan sifat mahabbah (saling mencintai) dan persahabatan. Dan akan mewariskan kemarahan, dendam dan pemutusan ukhuwwah.
Maka meninggalkan sikap perdebatan merupakan tindakan yang terpuji. Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
“Barangsiapa yang meninggalkan perdebatan sementara ia berada di pihak yang salah, maka akan dibangunkan sebuah rumah baginya di surga paling bawah. Dan barangsiapa yang meninggalkan perdebatan sementara ia berada pada pihak yang benar, maka akan dibangunkan baginya sebuah rumah di tengah surga…” (HR. Abu Dawud, At-Tirmidzi, dan Ibnu Majah)
Di antara sebab yang mendorong seseorang untuk melakukan perdebatan adalah dalam rangka memperoleh kemenangan, agar ia dikatakan sebagai seorang yang pintar dan paling benar pendapatnya, dan kurangnya penjagaan terhadap tergelincirnya lisan pada dirinya. Kesemuanya itu merupakan sikap yang tidak terpuji.
6. Mengucapkan kalimat-kalimat yang baik kepada saudaranya.
Realisasi dalam hal ini ialah seperti:
1. Mengatakan kepada saudaranya: “Aku mencintaimu karena Allah Subhanallahu wa Ta’ala.”
2. Memuji saudaranya ketika tidak ada di hadapannya.
3. Mengucapkan terima kasih atas kebaikan saudaranya tersebut.
7. Memaafkan atas kesalahan-kesalahan yang diperbuat oleh saudaranya.
Setiap orang pasti memiliki kesalahan. Sebagaimana sabda Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam :
“Setiap keturunan Adam (manusia) pasti melakukan kesalahan, dan sebaik-baik orang yang bersalah adalah orang yang bertaubat.” (HR. Ibnu Majah no. 4251)
8. Merasa gembira dengan kenikmatan yang Allah Subhanallahu wa Ta’ala berikan kepada saudaranya.
Allah Subhanallahu wa Ta’ala telah memberikan keutamaan dan kelebihan yang berbeda pada masing-masing orang. Baik dalam hal kepemilikan harta, keilmuan, banyak melakukan amalan-amalan ibadah, kebaikan akhlaknya dan lain sebagainya.
Kita patut merasa gembira dengan nikmat Allah Subhanallahu wa Ta’ala yang diberikan kepada saudara kita baik dari sisi harta, ilmu, semangat dalam beribadah, dan lain-lain. Kita harus menghilangkan sifat hasad (iri, dengki) terhadap keutamaan yang diberikan oleh Allah Subhanallahu wa Ta’ala kepada saudara kita.
9. Saling membantu dengan saudaranya dalam perkara-perkara kebaikan.
Sungguh Allah Subhanallahu wa Ta’ala telah memerintahkan yang demikian dalam firman-Nya (artinya):
“Dan tolong-menolonglah kalian dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan.” (Al-Maidah: 2)
10. Bermusyawarah dan bersikap lemah lembut terhadap saudaranya.
Janganlah salah seorang di antara mereka bersendirian dalam memutuskan suatu perkara, namun hendaklah saling bermusyawarah. Allah Subhanallahu wa Ta’ala telah memerintahkan hal tersebut dalam firman-Nya (artinya):
“Sedang urusan mereka (diputuskan) dengan musyawarah antara mereka.” (Asy-Syuura: 38)
Maka kita memohon kepada Allah Subhanallahu wa Ta’ala agar menjadikan kita semua termasuk dari orang-orang yang saling tolong-menolong dalam kebaikan dan ketakwaan, saling nasehat-menasehati dalam kebenaran dan kesabaran, serta menjadikan persaudaraan kita semata-mata karena mengharap ridho-Nya. Dan semoga Allah Subhanallahu wa Ta’ala memberikan taufik-Nya kepada kita, karena sesungguhnya tidak ada daya dan upaya pada diri kita, kecuali kekuatan dari Allah Subhanallahu wa Ta’ala. Amin ya Rabbal ‘alamin.
ISU SEMASA
*Artikel lama (4 Januari 2009)
Pembunuhan ganas yang dilakukan oleh Yahudi Israel di Gaza, Palestin amat memilukan. Ia bukan sahaja mencabar perasaan persaudaraan Islam atau ukhuwwah islamiyyah kita, bahkan ia mencemar dan mengotori nilai kemanusiaan sejagat.
Ketika artikel ini ditulis sudah hampir 400 rakyat Gaza yang dibunuh kejam. Di mana Amerika yang kononnya berjuang memerangi pengganas? Pelindung Israel tersebut pantang ada kegiatan yang dianggap ganas yang dilakukan mereka yang mendakwa muslim terus sahaja dia akan besar-besarkan dan tindakan memeranginya secara membabi buta akan dilancarkannya.
Namun setiap kali Israel melakukan keganasan, dialah yang akan mempertahankannya. Tidak jika Amerika itu digelar syaitan. Bahkan ketika Gaza diserang ganas oleh Israel ketika ini, Bush mengistiharkan HAMAS itulah pengganas. Malanglah umat Islam jika masih ingin mengharapkan dari Amerika.
Demokrasi yang kononnya hendak dijuarai oleh Amerika di dunia Arab hanyalah permainan politik semata. Umpamanya Mesir, sekalipun tampuk kuasa yang ada pada hari ini meminggirkan demokrasi dan mengkhianatinya, namun tampuk tersebut terus dipertahankan oleh Amerika disebabkan berbagai kepentingannya.
Antaranya, Mesirlah pada hari ini yang menghalang kemasukan bantuan melalui sempadannya dengan Palestin. Sukar bagi syaitan berwatak malaikat. Saya tidak pasti dengan lobi Yahudi yang kuat dalam politik Amerika, apakah Obama akan mampu berbuat sesuatu?
Beberapa hari saya menyertai demontrasi membantah kekejaman Israel di hadapan Kedutaan Israel di London. Bersama saya Saudara Maszlee Malik yang sedang menyiapkan Ph.D di sini. Beliau banyak menulis dan membabitkan diri dalam isu-isu Palestin. Juga Saudara Wan Saiful Wan Jan, orang melayu yang aktif dalam politik British dan menjadi calon Parti Liberal Konservatif di UK ini.
Ramai yang menyertainya. Bukan sahaja orang Islam dan Arab, turut sertai juga mereka yang bukan muslim yang terdiri daripada ‘orang putih dan tidak putih’ UK ini. Dato’ Seri Shahidan Kassim yang sekali lagi datang ke London juga turut hadir.
Selama seminggu demonstasi berjalan di London. Bukan sahaja di hadapan Kedutaan Israel, orang ramai turut berdemontrasi di hadapan Kedutaan Mesir kerana negara tersebut menutup sempadannya untuk bekalan makanan dan ubatan disalurkan kepada rakyat Palestin.
Hari Sabtu (hari artikel ini ditulis) demontrasi besar di seluruh London akan diadakan. Bantahan dibuat untuk menyelamatkan rakyat Palestin. Ia melepasi batasan kepuakan atau kepartian yang sempit. Jika sesiapa yang hendak membantah Israel pun masih nak kempen parti, ternyata otaknya sama dengan Israel.
Demonstrasi sebegini, mempunyai peranannya yang tersendiri. Saya juga mengharapkan umat Islam dan masyarakat dunia mengadakannya. Ya, bagi umat Islam sepatutnya tugasan kita lebih besar daripada sekadar tunjuk perasaan. Kita diwajibkan membantu saudara seislam kita yang ditindas atau dikejami dengan harta dan nyawa kita.
Firman Allah: (maksudnya)
“Dan apakah yang menghalang kamu (maka kamu) tidak mahu berperang pada jalan Allah dan (untuk menyelamatkan) orang-orang yang tertindas yang terdiri daripada kaum lelaki, perempuan dan kanak-kanak, iaitu mereka yang selalu (berdoa dengan) berkata: “Wahai Tuhan kami! keluarkanlah kami dari negeri ini, yang penduduknya zalim, dan jadikanlah bagi kami daripada pihakMu seorang pemimpin yang mengawal (keselamatan kami), dan jadikanlah bagi kami dari pihakMu seorang pemimpin yang membela kami (dari ancaman musuh). Orang-orang yang beriman, berperang pada jalan Allah; dan orang-orang yang kafir pula berperang pada jalan taghut (pelampau). Oleh sebab itu, perangilah kamu akan pengikut-pengikut syaitan itu, kerana sesungguhnya tipu daya Syaitan itu adalah lemah”. (Surah al-Nisa, ayat 75-76).
Berdasarkan ini, kata al-Imam al-Jasas (wafat 370H):
“Adalah sesuatu yang diketahui umum bahawa telah menjadi iktikad seluruh kaum muslimin; apabila penduduk sesuatu negeri (kaum muslimin) dalam ketakutan dari serangan musuh, dan mereka tidak mampu menghadapinya merasa terancam negeri, nyawa dan kaum mereka, maka ketika itu wajib ke atas seluruh umat untuk keluar mempertahankan kaum muslimin dari serangan musuh. Ini adalah perkara yang tiada khilaf lagi di kalangan umat. Tiada sesiapa pun yang menyatakan harus dibiarkan ditumpahkan darah kaum muslimin” (Abu Bakr al-Jasas, Ahkam al-Quran, 4/312, Beirut: Dar Ihya al-Turath al-`Arabi).
Namun atas kekangan keadaan yang ada. Ramai para pemimpin umat Islam yang tunduk kepada kehendak Amerika, lalu mereka menjadi pelindung secara langsung atau tidak langsung kepada Israel. Lihat sahaja Mesir yang sanggup menutup sempadannya sehingga bantuan makanan dan ubatan tidak dapat sampai kepada rakyat Palestin, sehingga rakyat Palestin tidak dapat melepaskan diri kekejaman Israel.
Kita umat Islam menjadi umat yang tidak terdaya. Bukan sahaja bertindak, bahkan bersuara pun ramai yang takut. Tidak ramai pemimpin seperti Tun Mahathir Mohamad yang lantang dan berani untuk mengkritik dan berusaha membantah Amerika dan Israel. Ramai yang lain bergantung rahmat kepada Amerika. Bahkan bukan sedikit yang sedang ‘mengidam kerusi kuasa’ bertawakal harap dari Amerika.
Maka, di saat ini, sekurang-kurangnya demontrasi, atau apa sahaja bantahan yang tidak bercanggahan dengan Islam hendaklah dilakukan oleh umat Islam yang tidak berkemampuan. Demikian juga bantuan kewangan. Di Malaysia, sepatutnya mereka yang memegang tampuk-tampuk pentadbiran agama, sama ada yang berada di atas kerusi politik, atau istana perlu menjadi kelompok yang paling lantang membantah dan menghulurkan bantuan.
Saya terharu ketika berjumpa dengan sekumpulan wanita British yang tidak beragama Islam, mengikat serban Palestin di tengkok mereka dan memberitahu kami mereka akan mengambil cuti seminggu untuk menyertai bantahan terhadap Israel. Mereka mengedarkan risalah tentang kekejaman Israel.
Malanglah, jika yang mereka yang seperti ini membantah Israel, tetapi golongan yang diberikan amanah menjaga agama tenggelam dalam keempukan takhta dan membisu seribu bahasa. Di mana pula Majlis Fatwa Kebangsaan ketika ini? Tidak adakah fatwa tentang apakah kewajiban umat Islam dalam isu Palestin? Setelah berletihan dengan isu yoga dan pengkid, tidakkah mahu difikirkan isu Palestin pula?
Jika tidak, malanglah bagi umat Islam yang terdedah kepada dunia berita dan maklumat, tiba-tiba tidak mengambil endah tentang apa yang berlaku di Palestin dan tanggungjawab muslim membela saudara-mara kita kaum muslimin. Sabda Nabi s.a.w:
“Bandingan orang-orang mukmin dalam kasih-sayang, kesian dan simpati sama seperti satu jasad. Apabila satu anggota merasa sakit, maka seluruh angota lain turut berjaga malam dan demam” (Riwayat Muslim)
Islam bersikap adil. Islam tidak pernah menyatakan setiap mereka yang tidak menganut Islam itu adalah musuh Islam. Demonstrasi di seluruh dunia pada hari ini turut dilakukan oleh mereka yang bukan Islam. Islam hanya bermusuh dengan mereka yang melancarkan permusuhan dan kezaliman kepada umat Islam. Samada permusuhan itu atas kebencian kepada agama ini, atau atas sikap yang ingin menzalimi orang lain.
Kemudian, Islam tidak menerima dan membantah kezaliman di mana sahaja ia dilakukan. Samada ke atas muslim atau bukan muslim, samada kepada insan atau binatang dan alam. Kita membantah kekejaman ke atas saudara seakidah kita di Palestin atas nama Islam dan kemanusiaan. Orang lain membantah atas dasar kemanusiaan.
Jika mereka yang bukan Islam dizalimi, kita tetap akan membantah atas dasar Islam dan kemanusiaan. Ini kerana prinsip Islam merangkumi prinsip kemanusiaan sejagat. Namun jika ada yang langsung tidak membantah, maka dia tiada prinsip Islam dan prinsip kemanusiaan.
Kesipulannya, salah satu landasan utama yang mampu menjadikan umat bersatu atau bersaudara ialah persamaan kepercayaan atau akidah. Ini telah dibuktikan oleh bangsa Arab yang sebelum Islam selalu berperang dan bercerai-berai tetapi setelah mereka menganut agama Islam dan memiliki pandangan yang sama baik lahir maupun batin, merka dapat bersatu.
Hakekat persaudaraan dalam islam adalah saling memperhatikan, dalam artian saling memahami, saling mengerti, saling membantu, dan membela terhadap sesama sebagaimana ditegaskan dalam hadis Rasulullah Saw. Diatas yang disabdakan karena adanya sahabat yang membantu dan membela saudaranya yang diserang atau dianiaya oleh orang lain.
Betapa penting silaturahmi dalam kehidupan umat islam terutama dalam pendidikan. Hal ini karena menyambung silaturahmi berpengaruh terhadap pendidikan karena bekal hidup di dunia dan akhirat, orang yang selalu menyambung silaturhami akan dipanjangkan usianya dalam arti akan dikenang selalu.
No comments:
Post a Comment