Sememangnya tidak boleh dinafikan lagi bahawa Islam merupakan agama yang bersifat universal ('alamiyyah). Agama Islam diturunkan oleh ALLAH SWT kepada seluruh umat manusia dengan tidak membeza-bezakan bangsa dan warna kulit. Islam tidak sesekali menyuruh umatnya bersikap taksub malah menganjurkan masyarakat Islam dan bukan Islam tinggal di tanah air yang sama dengan aman dan bahagia. Oleh itu, pendekatan yang dibuat oleh Islam dalam mengurus persoalan perpaduan adalah dengan mengambil kira aspek jemaah.
Menurut Islam, keamanan negara berkait rapat dengan perpaduan ummah. Sejarah kehancuran kerajaan Sabak pada masa dahulu adalah disebabkan oleh rakyatnya tidak bersatu dan tidak menjaga kemakmuran negara. Sikap ingin menjaga kesejahteraan dan kemakmuran negara adalah menjadi tanggungjawab semua individu bagi sesebuah negara. Perbezaan pendapat tidak boleh dijadikan alasan atau sebab untuk membolehkan seseorang membelakangi tanggungjawabnya menjaga keselamatan dan kemakmuran negara.
Islam menggariskan dua perkara yang berikut demi untuk kebaikan negara:
* Mengadakan usaha untuk mengukuhkan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat
* Mengelakkan sebarang perkara atau tindakan yang boleh menjejaskan keselamatan dan
kesejahteraan negara.
ISU PERKAUMAN DALAM PERLAWANAN BOLA SEPAK
ISU SEMASA
No comments:
Post a Comment