Wednesday, 15 March 2017

3.1.5 KEPRIHATINAN SOSIAL

ASPEK AGAMA:

Islam ialah agama yang mementingkan perpaduan dan hubungan baik antara manusia. Pada peringkat awal dalam sejarah perjuangan Nabi Muhammad SAW, baginda telah meletakkan perpaduan sebagai asas dalam pembentukan masyarakat.



Inti sari Piagam Madinah adalah seperti seperti berikut:



1. Kaum Yahudi hendaklah hidup berdamai dengan kaum Muslimin; kedua-dua pihak bebas mengamalkan ajaran masing-masing.



2. Kaum Muslimin dan Yahudi wajib mempertahankan Kota Madinah daripada serangan musuh dan bekerjasama melawan sesiapa sahaja yang memerangi mereka.



3. Perdamaian dari pihak lain hendaklah mendapat persetujuan kedua-dua belah pihak.



4. Sesiapa yang tinggal diluar Kota Madinah akan dilindungi kecuali orang yang zalim dan bersalah.



5. Sekiranya timbul perselisihan antara kaum Yahudi dengan Muslim, maka penyelesaiannya hendaklah dirujuk kepada Allah SWT ( al-Kitab ) dan Rasullullah SAW yang merupakan pemimpim umum penduduk Madinah.



Aspek Bahasa:

Menurut Awang Sariyan (2010), pendidikan bermula bersama-sama dengan wujudnya manusia selaras dengan hakikat bahawa bahasa merupakan unsur yang dimiliki manusia sejak zaman Nabi Adam A.S. Ulama islam dari zaman ke zaman mengistilahkan manusia sebagai hayawan natiq (rational animal). Selain merujuk akal, perkataan nafiq juga merupakan peraturan atau bahasa. Keunggulan berbahasa telah di ajar oleh Rasulullah SAW, dimana Baginda menjelaskan bahawa sesuatu komunikasi bergantung kepada yang berikut:

1. Makna terhada kata-kata yang diucapkan. Kata-kata yang keluar daripada mulut seseorang tidak terkecuali untuk dihisab atau dikira oleh Allah SWT.


2. Setiap ucapan mempunyai kesannya. Oleh itu, lidah perlulah dijaga supaya tidak mendatangkan keburukan dalam hidup bermasyarakat. Bahaya lidah lebih menyakitkan daripada kesakitan yang dilakukan oleh tangan. Pepatah bahasa arab ada menyatakan bahawa, " luka akibat pedang boleh disembuhkan, tetapi luka kerana lidah tidak akan dapat diubati" ( Ariffin Badri, 2013)










Aspek Adat Resam:



Ketinggian peribadi dan keunggulan masyarakat bergantung kepada keupayaan mereka menghormati orang lain serta budaya mereka. Insan yang terhormat ialah orang yang menghormati adat resam dan kesopanan dalam kehidupan bermasyarakat, kepercayaan, tradisi dan adat istiadat orang melayu. Hal ini mencakupi hal-hal seperti cara berpakaian, adab berbicara dan perbuatan yang tidak menyinggung perasaan. Sebagai contoh, dalam ajaran islam, seseorang itu digalakkan agar sentiasa menghormati tetamu sehinggakan menjadi kewajipannya untuk menyediakan runag rehat dan layanan yang baik, makanan yang cukup, menghantar mereka pulang dengan perasaan yang gembira.


Aspek Pakaian:

Mengapakah ada pakaian tertentu dalam Islam? Islam secara jelas telah menggariskan panduan untuk umat Islam dalam tatacara berpakaian. Antara adab-adab berpakaian yang terdapat dalam islam adalah seperti berikut:

1. Lelaki tidak dibenarkan memakai pakaian daripada sutera.

2. Pakaian tidak melebihi buku lali. Pada dasarnya, larangan ini adalah kerana menghindar daripada takbur dan riak.3. Khusus bagi wanita hendaklah menutup tumitnya atau melabuhkan pakaiannya.

4. Digalakkan memakai pakaian berwarna putih kerana kelihatan bersih, namun seseorang itu masih boleh memakai pakaian yang berwarna lain. Perkara yang paling penting ialah menutup aurat serta menjaga kebersihan.

5. Lelaki tidak dibenarkan memakai pakaian wanita dan begitu juga sebaliknya.





Aspek Kegiatan Ekonomi:

Perniagaan atau kegiatan ekonomi merupakan satu usaha murni dalam memenuhi keperluan kehidupan individu serta masyarakat terutamanya dalam masyarakat islam. Oleh itu, islam menggalakkan dan mengharuskan umatnya berniaga mengikut syariat islam. Antara etika dan adab perniagaan atau bermuamalah dalam islam adalah seperti yang berikut:

1. Peniaga atau pengusaha perlu beriman, bertakwa, memiliki ilmu dan kemahiran dalm bidang yang diceburi, amanah dan berdedikasi.

2. Bahan perniagaan mestilah baik, halal, berkualiti dan mendatangkan manfaat.

3. Menguruskan perniagaan secara adil, jujur dan mengikut syariat islam.

4. Sumber kewangan yang halal.

5. Tujuan perniagaan atau bermuamalah adalah untuk mendapat keuntungan, meletakkan kepuasan pelanggan sebagai tujuan utama dan untuk peningkatan modal.

6. Matlamat perniagaan adalah untuk membina masyarakat bahagia dan diredhai Allah.






No comments:

Post a Comment